Home AM Gambar tular bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah – Radzi
AMPendidikan

Gambar tular bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah – Radzi

20 Januari 2022 – Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin memaklumkan berhubung dengan perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.” jelas Radzi dalam satu posting di Facebook rasmi beliau semalam.

Sumber foto : Facebook Rasmi Menteri Pendidikan

Tambah beliau KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini. Katanya lagi, KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPendapatPendidikan

Tiada lambakan jika mahu pandang ke hadapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Saya teruja untuk memberi respon kepada...

HighlightsKajian SosialMY LNAPendapatPendidikan

Cabaran membaca di era ‘gangguan’

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Frank Swettenham dalam bukunya Malay...