COVID-19 @ My LNA

UMRAH : MOTAC usaha cari penyelesaian terbaik

157

9 Januari 2022 – Berhubung dengan pengumuman penangguhan ibadah umrah selama sebulan bermula 8 Januari lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berusaha mencari penyelesaian terbaik dalam meringankan impak terhadap syarikat pengendali umrah yang berdaftar di bawah MOTAC yang terkesan berikutan pengumuman tersebut.

Dalam satu kenyataan media hari ini, MOTAC berkata bahawa pihaknya sedar bahawa cabaran besar yang dihadapi merangkumi 4 perkara iaitu visa umrah, pengangkutan jemaah di lapangan (ground transportation), tempahan penginapan dan makanan jemaah yang tidak dapat ditebus semula (refund).

“MOTAC juga sedang bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Persatuan-Persatuan Agensi Pelancongan yang menyediakan pakej umrah bagi menambah baik SOP umrah sedia ada untuk kelulusan pihak MKN supaya lebih sesuai dengan keperluan semasa dalam menangani ancaman penularan COVID-19.

Antara cadangan yang dibincangkan termasuklah adalah pengesahan vaksinasi jemaah sebelum menerima bayaran pakej perkhidmatan umrah/ziarah dan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak NADMA apabila pulang ke Malaysia.” kata MOTAC.

Merujuk kepada kenyataan KKM bahawa terdapat sebilangan jemaah umrah yang didapati tiada rekod vaksinasi, MOTAC dan agensi pengendali umrah yakin perkara ini dapat diselesaikan menerusi siasatan yang sedang dijalankan oleh KKM.

“MOTAC percaya bahawa agensi pengendali umrah telah menjalankan tanggungjawab mereka dan melaksanakan SOP yang dibangunkan sebaik mungkin kerana pastinya mereka sendiri tidak mahu timbul sebarang masalah dalam urusan ini.

Pada masa yang sama, MOTAC ingin memaklumkan juga bahawa proses kelulusan pengiklanan pakej umrah/ziarah turut ditangguhkan selama tempoh penangguhan mulai 8 Januari 2022 memandangkan tarikh penerbangan tidak boleh ditentukan disebabkan penangguhan yang mana merupakan syarat wajib dalam pengiklanan.” kata MOTAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...