Kenyataan Media

Kediaman yang rosak teruk akan digantikan dengan rumah baru – Fadillah Yusoff

356

Hulu Langat, 3 Januari 2022 – Penduduk yang terjejas akibat banjir baru-baru ini akan mendapat rumah baru menerusi Bantuan Kekal Banjir (RKB) Kementerian Kerja Raya. Kesemua kediaman sebanyak 34 buah rumah itu akan digantikan dengan rumah baru menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusoff selepas meninjau proses pembinaan Jambatan Bailey di Batu 19, Jalan Sungai Lui hari ini. Kesemua rumah akan diberi percuma kepada pemilik rumah yang rosak teruk seperti dihanyutkan arus deras.

Terdapat  dua jenis reka bentuk yang dicadangkan dan bergantung kepada kelulusan akhir iaitu rumah dibina atas tanah atau rumah bertiang. Menurut Fadillah rumah bertiang bernilai RM70,000 manakala rumah atas tanah ialah  RM56,000 seunit . “Rumah ini berkeluasan  660 kaki persegi dengan tiga bilik, satu bilik air, satu ruang tamu dan ruang makan,” katanya pada sidang media yang dibuat selepas meninjau tempat pembinaan Jambatan Bailey.

Fadillah berkata kesemua mangsa banjir yang layak menerima bantuan berkenaan dikenal pasti melalui kepimpinan masyarakat setempat seperti penghulu atau ketua kampong dan disahkan oleh Pejabat Daerah berkaitan.

RKB akan dibina di tanah milik mangsa banjir yang layak menerima bantuan  dan proses pembinaannya bergantung kepada rundingan bersama. “Kerajaan  bersedia untuk melaksanakannya, cuma daripada segi pentadbiran dan bila ia akan dilaksanakan bergantung kepada rundingan dengan tuan tanah dan sebagainya. Kalau mereka bersetuju dengan konsep ini, maka apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat peruntukan nanti kita akan buat proses selanjutnya seperti melantik kontraktor dan sebagainya,” katanya.

Bantuan turut diperluaskan ke negeri lain seperti Pahang dan Kelantan yang terjejas banjir namun ia mengikut keperluan sekiranya bencana itu mengakibatkan banyak rumah yang mengalami kerosakan teruk.

Menurut Fadillah, JKR sedang memohon peruntukan daripada kerajaan untuk menambah tujuh set komponen jambatan itu bagi menampung keperluan sekiranya berlaku banjir besar dan mengakibatkan jambatan runtuh. Buat masa ini JKR hanya mempunyai empat set sahaja stok Jambatan Bailey. Tambah beliau pembinaan Jambatan Bailey ini menelan belanja sebanyak RM30 juta.

“Sebanyak 895 lokasi jalan raya, jambatan dan cerun terjejas akibat banjir di seluruh Semenanjung sejak 18 Disember 2021 hingga kini. Sebanyak 802 daripadanya telah dibersihkan, bermakna ada jalan sudah dibuka sama ada dua lorong atau sekurang-kurannya satu lorong,”katanya. Pihaknya menganggarkan hampir RM970 juta diperuntuk bagi kerja pembersihan, baik pulih dan pembinaan infrastruktur yang terjejas banjir.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...