HIGHLIGHTS

Dato’ Ayob mula tugas sebagai Pengarah JSJN – KPN

Kuala Lumpur, 3 Januari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Razarudin Husain telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kepada Bekas Ketua Polis Johor Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini. Majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur itu telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani berkata, beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ayob atas pelantikannya sebagai Pengarah JSJN.

“Saya yakin dengan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Datuk Ayob mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang. “Pelantikan Datuk Ayob juga dapat memperkukuhkan lagi barisan kepemimpinan PDRM dalam mengharungi apa juga cabaran mendatang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis sama, turut berlangsung serah terima tugas daripada Pengerusi PERKEP JSJN yang sebelum ini disandang Datin Zainah Othman kepada Senior Asisten Komisioner Datin Zaleha Mohd Ariffin. Turut berlangsung, Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) kepada 50 pegawai dan anggota PDRM bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan bakti mereka kepada negara ketika era darurat serta insurgensi komunis.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *