KUALA LANGAT 30 Disember 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) meneruskan Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) pasca banjir di Kampung Bukit Changgang dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan teruk akibat bencana banjir baru-baru ini.
Operasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, Kampung Bukit Changgang dalam daerah Kuala Langat, merupakan kawasan angkat kepada KKMM. Selain KKMM, Kampung Bukit Changgang turut menjadi kawasan angkat kepada tiga lagi kementerian lain iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Seramai 680 orang sukarelawan, iaitu 550 orang dari KKMM manakala selebihnya daripada sukarelawan rakan strategik seperti Rumah Prihatin, YTL dan Celcom ditugaskan membantu kerja pembersihan itu. Ops BAHIS turut berada di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam untuk kerja pembersihan dan dihadiri seramai 540 sukarelawan daripada KKMM, TM, Maxis, DiGi dan MRCB menyumbang tenaga untuk misi tersebut.
Ia bukan sahaja membantu dalam kerja-kerja pembersihan dengan mengutamakan keluarga yang memohon bantuan operasi, tetapi juga memberi semangat, sokongan moral dan penawar tekanan serta trauma yang dialami akibat musibah banjir ini.
Operasi yang menyasarkan 300 buah rumah sepanjang lima hari telah bermula pada 29 Disember 2021 itu, merupakan cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa yang berkonsepkan Keluarga Angkat iaitu menempatkan sekurang-kurangnya lima orang sukarelawan yang akan bersama-sama dengan keluarga tersebut membersihkan rumah dan kawasan sekitar.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment