25 DISEMBER 2021 – Berhubung dengan posting yang tular dalam Facebook oleh Azril Adnan bertajuk “Wow 150 ke ni..” , Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memaklumkan bahawa program Kotak Mitra adalah bantuan khusus untuk masyarakat India B40 yang diselaraskan oleh Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), agensi di bawah KPN bagi membantu masyarakat India yang memerlukan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.
“KPN ingin menegaskan bahawa program KOTAK MITRA yang dijelaskan oleh YB Menteri Perpaduan Negara adalah sumbangan kotak makanan kepada masyarakat India B40 di ladang-ladang, luar bandar dan pinggir bandar yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Program bantuan KOTAK MITRA ini telah dimulakan pada Julai tahun 2021 dan telah selesai dilaksanakan pada November 2021 yang meibatkan seramai 83,000 penerima.” kata KPN.
Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara menafikan sekeras-kerasnya kandungan video tersebut serta berharap pihak berkenaan tidak mengaitkan Kementerian ini dengan berita palsu tersebut.
“Kementerian ini juga amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang berita palsu. Jangan kongsi jika tidak pasti!” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment