Kenyataan Media

“Bantu Sampai Selesai” program membersihkan kediaman mangsa banjir – Annuar Musa

277

BANTING 27 Disember 2021 – Program Bantu Sampai Selesai bagi membersihkan kediaman mangsa banjir akan dilancarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Rabu ini. Ia melibatkan sekitar kawasan  Lembah Kelang selama lima hari berturut-turut.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa menyasarkan tiga kawasan seperti Taman Sri Muda di Shah Alam, Bukit Changgang di Kuala Langat dan Taman Sri Nanding di Hulu Langat dan sebanyak 500 buah rumah yang terjejas teruk akibat banjir akan dibersihkan sehari.

Untuk program ini seramai 1,000 sukarelawan diperlukan yang terdiri daripada pegawai kementerian dan agensi KKMM, artis, selebriti tanah air, persatuan industri kreatif serta media akan digerak bagi program ini. Menurut Annuar, beliau mendapati ramai keluarga yang trauma untuk bersihkan rumah mereka kerana sukarelawan datang dan balik selepas dua tiga jam kerja tetapi tidak juga selesai.

“Oleh itu setiap keluarga yang tertekan atau menghadapi masalah lambat membersihkan rumah, boleh membuat permohonan kepada jawatankuasa yang akan diumumkan esok.” kata beliau selepas menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang asli di Tadom Hill. Katanya lagi, program ini untuk memberi bantuan dari segi tenaga, material dan kewangan selain menyediakan kumpulan memasak sepanjang lima hari ia berlangsung.

Dalam pada itu, cuti tanpa rekod akan diberikan kepada pegawai kementerian dan agensi KKMM yang menjadi sukarelawan pada program ini. Kepada mana-mana pihak yang berminat termasuk belia yang mahu menjadi sukarelawan, kata Annuar, mereka boleh mendaftar melalui Hotlinne Rumah Prihatin Wilayah Persekutuan mulai esok.

Annuar juga berkata sebanyak 305 daripada 367 struktur komunikasi yang terjejas akibat banjir di Selangor telah dipulihkan oleh penyedia perkhidmatan di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Beliau memberi jaminan baki struktur yang lain akan kembali beroperasi dalam masa terdekat. Katanya terdapat 68 struktur komunikasi yang terjejas di sekitar kawasan Sepang dan 56 daripadanya telah dipulihkan setakat ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...