Kuala Lumpur, 24 Disember 2021 : Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, yang akan berkuat kuasa 25 Januari depan.
Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid dalam kenyataannya semalam menyatakan, Ayob Khan adalah salah seorang dari tiga pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada dalam senarai pertukaran tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor.
Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad akan menggantikan Kamarul Zaman sebagai Ketua Polis Kedah, yang memangku pangkat Komisioner Polis.
- Waiting for our second marshmallows
- Why tertiary education is more than just a degree
- This Spring, Malta, a Mediterranean Archipelago, Offers a Diverse and Captivating Calendar of Events and Festivals
- Leading Contract Manufacturer Forms New Company With Auto Leaders To Further Global Reach Across Industries
- Veregy Approved as Contractor in New York Solar Incentive Program
Leave a comment