19 Disember 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, yang menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara sebagai bukti keprihatinan beliau.
“Keprihatinan YAB Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan awal segera dan jaminan ia akan ditambah jika tidak mencukupi, akan memastikan kerja-kerja memperbaiki infrastruktur yang rosak akibat bencana dapat disegerakan.
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperincikan jumlah keseluruhan aset infrastruktur yang terlibat akibat banjir untuk tindakan pembaikan.” kata Fadillah dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam.
Tambah Fadillah, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan pembaikan supaya laluan yang terjejas dapat dibuka dengan segera.
“Bagi kerosakan kritikal yang melibatkan pembaikan kekal, kerja-kerja pembaikan akan mengambil sedikit masa.
Setakat semalam negeri yang terjejas dari segi kemudahan infrastruktur akibat banjir ialah Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka, Perak, dan Kedah.” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment