Kenyataan Media

KKMM gerakkan semua aset, bantuan dan kakitangan bantu mangsa banjir

86

19 Disember 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa bencana banjir berjumlah RM2.18 juta yang disumbangkan melalui agensi-agensi di bawah KKMM dan akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menurut Annuar di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, beliau juga telah meminta Kementerian untuk mengambil tindakan serta merta menggerakkan semua aset, bantuan dan kakitangan termasuk Komuniti Keluarga Malaysia untuk membantu penduduk di kawasan terlibat banjir sejak kelmarin.

“KKMM telah menggerakkan sebanyak 12 buah kenderaan 4×4 dan mewujudkan pusat penempatan sementara (PPS) di agensi KKMM yang mempunyai ruang dan fasiliti bersesuaian. Buat masa ini PPS disediakan oleh FINAS di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang yang boleh menempatkan 1,000 orang mangsa banjir.

Semua Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di negeri-negeri yang terjejas banjir sedang bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan dan pihak bomba dalam melaksanakan usaha memulihkan perkhidmatan Internet di kawasan yang terlibat.

Selain itu, MyCreative Ventures di bawah KKMM juga menyumbangkan 2,000 unit Kotak Kasih berupa bakul makanan dengan kerjasama Shopee Malaysia untuk mangsa-mangsa banjir.” kata beliau.

Tambahnya, KKMM bekerjasama erat dengan NADMA untuk penyelarasan dan pengagihan bantuan-bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kerjasama juga dijalinkan dengan Rumah Prihatin @Grand Seasons, Kuala Lumpur dengan bantuan sejumlah 2,000 pek makanan disediakan setiap hari dan sejumlah 50 bilik penginapan sementara untuk mangsa banjir.

“Kementerian juga telah mengenal pasti seramai 130 buah keluarga warga KKMM dan agensi menjadi mangsa banjir dan bantuan segera berbentuk makanan dan pakaian turut disalurkan kepada mereka.

Saya menggesa orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi banjir daripada sumber yang sahih dan pihak RTM serta BERNAMA akan terus bekerjasama untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan pantas. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melalui Info on Wheels (IOW) juga akan melaksanakan hebahan awam di peringkat daerah seluruh negara dengan tumpuan di kawasan banjir dan berpotensi banjir.

Orang ramai juga boleh mendapatkan bantuan di Rumah Prihatin @Grand Seasons, Kuala Lumpur melalui talian bebas tol 1800-88-7997 atau talian Bilik Gerakan Bencana KKMM di 03-88618427.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...