Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Jawi Peranakans of Penang, usaha pulihkan industri kreatif di Pulau Pinang – Zahidi

429

GEORGETOWN, 19 Disember 2021– Sempena pameran Jawi Peranakan Pulau Pinang, satu perarakan konvoi 20 buah beca telah memulakan perjalanan dari Easten & Oriental, Geogetown ke Pameran Jawi Peranakan Pulau Pinang serta pasar minggu di Lebuh King dan Pameran Vintaj dan Batik Peranakan di Bangunan UAB. Ini adalah aktiviti beramah mesra bersempena dengan festival yang sedang berlangsung bermula 17 Disember hingga 26 Disember 2021.

Pameran ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai tetamu terhormat. Beliau berkata, festival ini merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk Industri Kreatif yang memperuntukkan sebanyak RM235 juta  melalui Geran Pemulihan Industri Kreatif.

“Geran yang diuruskan oleh MyCreative Venture Sdn. Bhd adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih dan menghidupkan kembali industri seni kreatif di Pulau Pinang dalam menghadapi pandemik COVID-19 sejak 18 bulan lalu. Ia merupakan satu tempoh  mencabar kepada industri ini.

Sepanjang festival diadakan, terdapat 17 acara akan berlangsung dan akan memberi manfaat kepada lebih 350 orang dalam industry seni kreatif dan memberikan rangsangan yang amat diperlukan, terutamanya diperingkat pandemik COVID-19.” kata Zahidi. Tambah beliau, ia tidak termasuk faedah ekonomi yang diperolehi secara tidak langsung dan berharap model festival ini dapat dilaksanakan di negeri-negeri lain juga.

Festival Peranakan Penang ini menampilkan pameran fesyen gala, persembahan muzikal, lawatan, makanan dan bengkel bertemakan Nyonya dibiayai oleh MyCreative Venture Sdn. Bhd dengan kerjasama eSolved MSC Sdn. Bhd dan Joe Sidek Production.

“Asimilasi budaya Peranakan selama bertahun-tahun di negara ini sama ada Peranakan Cina atau Peranakan Jawi kurang dikenali dan adalah aset tidak ketara yang tersembunyi daripada aliran utama. Ia juga diharap dapat menonjolkan aset tersebut kepada pemain industri kreatif dan pelancongan tentang wujudnya serta potensinya,” kata Pengerusi MyCreative, Noor Azmi Mat Said.

Festival ini juga turut ditampilkan secara hybrid iaitu secara fizikal dan juga penstriman langsung secara utama, di platform dalam talian Facebook dan Youtube.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *