Foto kredit kepada Shaifuddin
19 Disember 2021 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta disediakan untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir.
Kata beliau menerusi ciapan di Twitter rasminya, Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan ini. Peruntukan tersebut akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan.
“Sejak September 2021, Kerajaan telah meningkatkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada RM1,000 (dari RM500 sebelum ini) bagi setiap isi rumah.
Bayaran bantuan ini akan disegerakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana ini.
Penyaluran bantuan RM50 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) akan disegerakan bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terkesan akibat banjir.” katanya.
Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya institusi perbankan bersedia untuk menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam-peminjam yang terkesan akibat banjir.
Dalam pada itu, beliau berkata setiap PPS akan dipastikan mempunyai kelengkapan dan keperluan asas yang mencukupi seperti tandas, pelitup muka dan makanan buat mangsa-mangsa banjir.
“Selain itu, sekurang-kurangnya seorang doktor dan seorang jururawat akan ditempatkan di setiap PPS bagi memastikan kesihatan mangsa-mangsa banjir sentiasa diberi perhatian. Mangsa-mangsa juga akan melalui saringan RTK COVID-19 bagi mengelakkan penularan virus itu.” katanya.
Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.
“Untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau “paid leave”, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.” katanya.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment