3 Disember 2021 – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan FAM telah diadakan semalam di mana MoU tersebut bertujuan untuk melaksanakan kerjasama strategik dalam Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara tidak pupus di atas muka bumi ini.
Menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam, majlis memeterai MoU pada semalam sangat bermakna kerana FAM sinonim dengan Harimau Malaya.
“Pasukan bola sepak kebangsaan kita sejak sekian lama dikenali dengan nama Harimau Malaya bagi melambangkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah. Semangat juang sebegini diperlukan untuk menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.
Kerjasama strategik ini dilihat dapat mengukuhkan lagi usaha-usaha sedia ada Kerajaan melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan penglibatan dan kesedaran masyarakat. Di samping itu, ia dapat meningkatkan imej pasukan bola sepak kebangsaan sebagai pasukan yang prihatin terhadap spesies ikonik negara.” kata KeTSA.
Tambahnya, pengukuhan kerjasama strategik antara Kerajaan dan FAM dalam konservasi Harimau Malaya sewajarnya menjadi pemangkin kepada usaha-usaha konservasi biodiversiti melalui penglibatan kolektif semua pihak termasuk badan korporat dan badan bukan kerajaan.
“KeTSA dan FAM berharap semua pihak dapat meningkatkan amalan kemampanan serta melipatgandakan usaha dalam memelihara dan memulihara biodiversiti negara yang tidak ternilai.” katanya.
Majlis memeterai MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment