21 November 2021 – Wisma Putra di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam memaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China bagi meraikan ulang tahun ke-30 hubungan dialog ASEAN-China yang dijadualkan pada 22 November 2021 melalui persidangan video.
“Sidang Kemuncak Khas ini akan memberi tumpuan kepada penilaian dan hala tuju kerjasama ASEAN-China, termasuk meningkatkan hubungan ASEAN dan China kepada kerjasama strategik yang menyeluruh.
China merupakan antara rakan kongsi ASEAN yang paling dinamik dengan kerjasama dan kolaborasi merangkumi pelbagai sektor di bawah kesemua tiga tonggak ASEAN. Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Khas ini mencerminkan komitmen negara untuk terus mempertingkatkan hubungan dialog ASEAN-China.
Malaysia berharap Sidang Kemuncak Khas ini akan membuka jalan untuk para Pemimpin mencapai kesepakatan berhubung matlamat-matlamat yang saling memanfaatkan, dalam usaha menggalakkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bersama di rantau ini.” kata Wisma Putra.
Tambahnya Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, MITI dan MOTAC.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment