Kenyataan Media

ABIM Sanggah Isu Tambak Laut, Mohon Rakyat Melaka Pilih Calon Yang Peka Isu Alam Sekitar

280

KUALA LUMPUR 16 November 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pemimpin politik yang bertanding dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka untuk memberikan komitmen dalam urus tadbir melibatkan isu alam sekitar.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kenyataan Pengerusi badan perhubungan UMNO Melaka Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara mengenai tambakan laut di pesisir pantai Melaka adalah tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan nasib nelayan yang terkesan akibat daripada aktiviti penambakan tersebut.

“Tambakan laut akan mempengaruhi perubahan arus ombak yang boleh mengakibatkan hakisan dan banjir, disamping mengakibatkan kemusnahan batu karang serta habitat pelbagai kehidupan marin termasuk penyu di Pulau Upeh yang termasuk dalam jangkauan kawasan yang akan menerima kesan daripada penambakan laut yang akan dilakukan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, ABIM turut menggesa agar kuasa mutlak Ketua Menteri serta exco kerajaan negeri dalam membuat keputusan kepada perkara-perkara yang dilihat boleh menjejaskan alam seperti penambakan laut dan pembukaan tanah baharu dihadkan.

“ABIM menyeru pengundi negeri Melaka mengambil peranan menyedarkan pemimpin politik yang bertanding untuk mereka komited menghentikan projek yang menjejaskan ekosistem dan hidupan alam tersebut serta menguruskan pentadbiran alam secara berhemah dengan tidak memberikan kesan buruk kepada rakyat”.

“PRN Melaka ini adalah ruang yang membolehkan pengundi Melaka menilai dan memilih dengan rasional pemimpin yang bertanggungjawab mempertahan kelangsungan kehidupan masyarakat dan hidupan alam untuk jangka masa panjang” katanya.

BN sebelum ini menyatakan kesediaan melaksanakan projek tambakan yang merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (M-WEZ) dalam manifesto sempena PRN Melaka sekiranya berjaya mentadbir semula kerajaan negeri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...