PDRM berikan khidmat pengiring keselamatan dan trafik kepada semua bekas Perdana Menteri Malaysia
KUALA LUMPUR 16 November 2021 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada bekas-bekas Perdana Menteri termasuk yang sedang berhadapan tindakan undang-undang.
Kata Acryl di dalam siaran media yang diedarkan hari ini, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada mereka, sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.
“Sejak akhir-akhir ini, PDRM mengesan beberapa pihak yang mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas Perdana Menteri.
Kkhidmat kedua-dua pengiring berkenaan disediakan oleh PDRM berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [akta 237] berhubung keistimewaan bagi bekas Perdana Menteri.
Buat masa ini, PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada kesemua bekas Perdana Menteri Malaysia.” katanya.
- ALAMI YANG TERBAIK DI THAILAND MENERUSI
“THINK THAILAND” FESTIVAL - COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal