10 November 2021 – Malaysia dan Indonesia terus memperkukuhkan kerjasama dengan permeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian antara Kementerian, agensi Kerajaan dan pemain industri dari kedua-dua negara jiran ASEAN.
Menurut Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah melalui satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, kesepakatan kerjasama ini merupakan susulan pertemuan antara Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Joko Widodo.
“Antara Memorandum dan perjanjian yang dimeterai ialah perjanjian mengenai ‘Kerjasama dan Bantuan Bersama dalam perkara Kastam’ dan kerjasama dalam bidang pendidikan, disaksi oleh YAB Perdana Menteri dan Bapak Presiden di Istana Bogor.
Selain itu, Bernama dan Antara News bersetuju untuk membangunkan kerjasama seperti latihan teknikal dan pertukaran berita dalam pelbagai platform seperti kandungan televisyen dan berita digital.
Dalam bidang perdagangan, Destini Berhad dan PT INKA menjalin kerjasama melalui MoU dalam penerokaan projek kereta api dan infrastruktur, manakala Country Heights International Sdn Bhd dan Pancakarya Griyatama telah menandatangani Memorandum Perjanjian bagi pembangunan hartanah di Tangerang, Greater Jakarta. Penjana Kapital Sdn Berhad juga telah memilih AC Ventures sebagai Pengurus Danan Modal Teroka untuk program dana penjana nasional yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembiayaan serta mewujudkan persekitaran bagi syarikat ‘start-up’ mengembangkan perniagaan mereka di pasaran antarabangsa.” katanya.
Tambah beliau. sebagai negara serumpun yang berkongsi budaya dan bahasa, jalinan ekonomi dan kerjasama dalam pelbagai bidang sama ada melibatkan pihak kerajaan mahu pun sektor swasta bukan sahaja berupaya mengukuhkan kerjasama antara rakyat, malahan memperluaskan potensi kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia.
- Kaplan (Singapore)’s New City Campus at Odeon 333: Empowering Students for Success in the Future Economy
- KPMG in Singapore Introduces Strategic Guide to Boost Digital Talent and Inspire Green Innovation
- MSIG Asia And The RiskPoint Group Join Forces To Drive Renewable Energy Insurance Across Asia Pacific
- From Page to Stage®: Rousing the Dragon Premieres in March
- Visa and Fintech DealMe Collaborate to Launch Cross-Border Card Installment Payments
Leave a comment