Luar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNA

MARA Prihatin Bersama Komuniti Orang Asli

178

10 November 2021 – Program MARA Prihatin Bersama Komuniti Orang Asli di Surau Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak telah berlangsung semalam di mana ia melibatkan agensi- agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu daripada MARA Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak, GIATMARA Negeri Perak dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) . Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif YPM Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin.

Menurut YPM dalam satu kenyataan media, program tersebut telah dilaksanakan di Surau Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak dengan kapasiti jemputan yang kecil dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat telah dipenuhi.

“Kolaborasi antara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ini merupakan satu inisiatif bersama dalam merumuskan wawasan “Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik” sebagai agenda utama dalam proses pembangunan luar bandar di Malaysia.” kata YPM.

Di dalam program yang sama, penyerahan beberapa bentuk bantuan kepada Komuniti dan pelajar masyarakat Orang Asli telah dilaksanakan iaitu :

  1. Penyerahan Bantuan Persekolahan kepada 278 orang pelajar anak Orang Asli oleh YPM.
  2. Penyerahan sumbangan bantuan kebakaran kepada 2 buah keluarga oleh YPM.
  3. Penyerahan cenderahati kepada Surau Kuala Mu oleh MARA Negeri Perak.
  4. Sumbangan RM1,000.00 kepada surau untuk pembangunan pendidikan setempat oleh YPM.
  5. Sumbangan naskah Al-Quran dan buku terbitan YADIM.

Turut sama dalam program tersebut adalah Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak, Encik Johari Zakaria (Wakil Pengarah) Pengurus Pejabat Orang Asli One Stop Centre Bawong, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak & Kedah, Encik Jamaludin Ali, Pengarah GIATMARA Negeri Perak, Encik Zainal Rashid Zakaria, Pengurus Kanan Pembangunan Dana YPM, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan Encik Nor Azhar Ibrahim, Penolong Pengarah Unit Daie Orang Asli Bahagian Dakwah
Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNA

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL...