SABAH 6 November 2021 – Majlis pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej 28, 29 dan 30 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tersebut merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR)sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah selaku Pegawai Penguasa Projek.
Menurut KKR dalam satu kenyataan media, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej 28, 29 dan 30 sepanjang 58 km dengan kos pembinaan sebanyak RM877juta itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan jajaran yang akan merentasi Sandakan sehingga Telupid.
“Secara keseluruhan, skop pembinaan jalan ini akan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf daripada dua lorong dua hala (single carriageway) kepada empat lorong dua hala (dual carriageway) dan terdapat juga pembinaan tiga jambatan baharu dan satu persimpangan bertingkat.
Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat terutama kepada penduduk di sekitar daerah Beluran. Laluan ini juga akan mempermudahkan urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di daerah Telupid dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar daerah Sandakan.” kata KKR.
Tambah KKR, kesalinghubungan jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung akan merangsang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat, pewujudan pekerjaan baharu dan sekali gus mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah.
“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini adalah satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, etnik dan wilayah. Ini adalah selari dengan hasrat yang terkandung pada Teras Strategik Keenam di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 iaitu Keterangkuman Wilayah.” katanya.
Majlis pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo tersebut turut dihadiri YB Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar bin Radin, Menteri Kerja Raya Sabah dan juga YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment