6 November 2021 – Pada hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad telah pulang ke Mersing untuk merasmikan mesyuarat Agung Tahunan ke 24 Persatuan Pesara Polis Negeri Johor bertempat di Kelab Polis IPD Mersing.
“Seronok jumpa kawan- kawan lama dan berkumpul di samping itu juga perjumpaan ini sangat memberi erti yang mendalam untuk mengeratkan silaturrahim. Beliau berharap pesara-pesara dapat rancang dan mengurus kehidupan dengan baik.” katanya melalui satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Seterusnya Ahli Parimen Mersing itu hadir ke Majlis Penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) Parlimen Mersing bertempat di Politeknik Mersing.
Jelas beliau, penubuhan CDERT Keluarga Malaysia adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada penduduk kampung sebagai “first responder” kepada sebarang kes kecemasan dan bencana yang berlaku.
“Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga komuniti setempat yang juga bertepatan dengan saranan YAB Perdana Menteri dalam pembentukan sebuah Keluarga Malaysia.
Saya berharap pasukan CDERT #KeluargaMalaysia Parlimen Mersing boleh bertindak lebih awal untuk memberikan nasihat dan makluman awal dengan membuat pengungsian (pengosongan) kediaman/bangunan sekiranya keadaan semasa menjadi lebih teruk sehingga ke proses pemindahan.
Selain, menjadi platform yang terbaik buat komuniti bagi membangunkan sebuah pasukan yang lebih peka dan proaktif dalam menghadapi sebarang kecemasan ataupun bencana.” ujarnya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment