Home Ekonomi AKI 2020 : Johor Port rangkul Anugerah Perdana Menteri
Ekonomiz10

AKI 2020 : Johor Port rangkul Anugerah Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 2 November 2021 – Johor Port telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri – anugerah terulung di Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2020 yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam. Syarikat Bumiputera tersebut turut memenangi wang tunai berjumlah RM500,000.00 dan menerima trofi anugerah tersebut. Ia disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Kehadiran Perdana Menteri ke edisi-27 AKI ini turut diiringi Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut MITI melalui satu siaran media yang diedarkan semalam, secara keseluruhannya, sebanyak 11 anugerah diberikan kali ini kepada syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan berkaitan pembuatan. Sebanyak 78 buah syarikat telah mengambil bahagian.

“Penyertaan AKI 2020 telah dinilai oleh barisan juri penilai yang berkaliber berpandukan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF), sebuah rangka kerja yang dibangunkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, juga agensi di bawah MITI. MBEF adalah kerangka penilaian berdasarkan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (BEF) yang diiktiraf di peringkat global dan diguna pakai oleh lebih 83 buah negara serta 96 pentadbir anugerah di seluruh dunia. Antara negara yang menggunakan BEF termasuklah Jepun, Singapura, Australia, New Zealand, negara-negara Eropah dan Amerika Latin.

Aspek yang dinilai di dalam MBEF termasuklah kepimpinan dan prestasi syarikat melalui pelaksanaan strategi perniagaan, komunikasi, pengurusan pelanggan, tadbir urus tenaga kerja serta proses operasi.”kata MITI.

Tambah MITI, penganjuran AKI 2020 merupakan satu pengiktirafan berprestij kepada pemain industri di Malaysia atas kecemerlangan dalam pelaksanaan tadbir urus yang menjamin kesejahteraan pekerja; penerapan teknologi terkini dalam operasi; serta pelaksanaan strategi perniagaan yang efektif bagi menjamin penyampaian terbaik produk atau perkhidmatan syarikat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPerumahan

SPNB KOMITED TINGKAT PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK SEJAJAR ASPIRASI MALAYSIA MADANI

KOTA BHARU, 12 MEI 2023 – Ketua Setiausaha (KSU) KPKT Datuk M...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

20 Juta Kampit Simen Rahmah bantu Kurangkan Beban Kos Harga Rumah

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...