Pelancongan @ My LNA

Syarikat MM2H terima bantuan RM3000.00

67

2 November 2021 – Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan kewangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Salah satu inisiatif berkenaan adalah bantuan kewangan berjumlah RM3,000 kepada Syarikat MM2H yang mempunyai lesen Inbound di bawah MOTAC yang turut terjejas semasa pandemik COVID-19.

Menurut MOTAC melalui satu siaran media yang diedarkan semalam, bantuan kewangan tersebut merupakan bantuan kali kedua kepada Syarikat MM2H di mana Kementerian melalui Inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) telah memberikan bantuan kewangan RM3,000 kepada syarikat MM2H yang layak.

“Sehubungan itu, Kementerian menyeru Syarikat MM2H berlesen di bawah MOTAC yang tidak pernah menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif PEMERKASA untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Syarat Kelayakan PEMULIH bagi Syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC, sila layari laman sesawang rasmi MOTAC di http://motac.gov.my/pemulihmotac2021_mm2h atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.” kata MOTAC.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles