Kenyataan Media

MOTAC hargai penggiat industri seni yang terkesan akibat COVID-19

81

KUALA LUMPUR 25 Okotober 2021 – Para penggiat industri seni yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 terus dihargai oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan Sumbangan kepada Penggiat Seni 2021 telah diadakan oleh MOTAC di mana ia dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang semalam.

Di dalam majlis tersebut, Nancy berkata bantuan yang diberi melalui Program MOTAC Prihatin: Cakna Penggiat 2021 merupakan salah satu daripada empat (4) sub program penjenamaan semula program sedia ada yang dirangka oleh MOTAC. Inisiatif yang diberikan semalam hanya melibatkan penerima di sekitar Lembah Klang sahaja selepas mengambil kira pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut MOTAC di dalam satu kenyataan media semalam, antara penerima bantuan pada petang semalam merupakan mereka yang aktif dalam bidang seni dan budaya seperti bidang muzik, lakonan, penulisan, seni visual, sejarah, tarian, seni mempertahankan diri, kraftangan dan warisan kebudayaan.

“Terdapat dua (2) inisiatif bantuan kewangan dan sumbangan yang dilaksanakan di bawah program ini bertujuan untuk membantu penggiat-penggiat seni budaya dan warisan yang melibatkan : a) Bantuan kewangan kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK), iaitu persatuan-persatuan kebudayaan yang melaksanakan program-program berteraskan seni, budaya dan warisan. Permohonan-permohonan BBK kebudayaan ini telah dipertimbang dan diluluskan pelaksanaan program atau aktiviti berkaitan kebudayaan; dan b) Pemberian sumbangan kepada penggiat-penggiat seni yang mengalami kesukaran hidup termasuk uzur atau masalah kesihatan. Inisiatif ini dijalankan secara kerjasama dengan BBK terpilih dalam usaha memastikan kebajikan penggiat seni sentiasa terbela dan diberi perhatian sewajarnya. Buat julung kalinya, Cakna Penggiat 2021 dijayakan dengan kerjasama Persatuan Karyawan dengan sokongan jabatan dan agensi di bawah MOTAC.” jelasnya.

Dalam majlis yang diadakan itu seramai 15 penerima BBK dan 20 orang penggiat seni telah menerima bantuan daripada MOTAC.

“Untuk rekod, bermula Januari 2021 sehingga Oktober 2021, Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) MOTAC telah meluluskan sebanyak RM977,300.00 kepada 30 BBK bagi membantu penyemarakkan seni, budaya dan warisan sekali gus merancakkan semula aktiviti mereka yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Selain itu, menerusi inisiatif pemberian kebajikan kepada para penggiat seni dan budaya melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS). Berdasarkan statistik KWAKKPS pada tahun 2014 sehingga 2020, seramai 556 penggiat seni telah mendapat manfaat yang melibatkan sejumlah peruntukan RM3,065,834.00 dan bagi tahun 2021, seramai 29 orang penggiat seni telah menerima bantuan dengan jumlah RM26,100.00.” kata MOTAC.

Dalam pada itu, Nancy berharap agar segala bentuk bantuan yang diberikan ini dapat membantu kelangsungan hidup penggiat industri.

“MOTAC juga akan terus komited memberikan bantuan yang sewajarnya kepada penggiat industri bagi meringankan beban mereka serta turut membantu badan-badan bukan kerajaan melaksanakan aktiviti dan program seni budaya,” jelasnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...