Home Sains, Teknologi & Komunikasi MOSTI Tingkat Pembangunan Teknologi Kenderaan Elektrik
Sains, Teknologi & Komunikasiz10

MOSTI Tingkat Pembangunan Teknologi Kenderaan Elektrik

21 Oktober 2021- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited memperkasakan pembangunan, validasi dan pengkomersialan pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV) tempatan untuk memenuhi agenda kelestarian mobiliti negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata MOSTI melalui NanoMalaysia sebagai agensi pelaksana akan memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang seimbang dan kelestarian mobiliti.

“Satu pelan tindakan telah disediakan yang memberi tumpuan kepada industri tempatan melalui pemberian geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya industri dan perusahaan tempatan berlandaskan EV.

“Aspek penting ini dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan penjanaan pekerjaan selari dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Ujarnya, MOSTI juga telah mengambil langkah awal dengan mengemukakan Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI) di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.

“Program ini menekankan pembangunansistem simpanan tenaga bagi kegunaan mobiliti elektrik, termasuk bateri, ultra kapasitor, penyimpanan hidrogen dan reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri. NESTI akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Bagi memperkasakan teknologi EV di Malaysia, MOSTI menggunakan pendekatan whole of nation bagi meningkatkan penerimaan terhadap teknologi EV ini dan seterusnya mencapai hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai antara pengeksport komponen EV tersohor di rantau ASEAN,” jelasnya

MOSTI yakin penerimaan awam terhadap kenderaan EV akan meningkat dalam jangka masa pendek memandangkan kenderaan EV jimat tenaga dan hanya memerlukan infrastruktur pengisian yang sederhana melibatkan sistem pertukaran bateri. Teknologi EV juga mempunyai potensi yang besar untuk perkhidmatan pengangkutan awam dan penghantaran menjelang 2030.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNASains, Teknologi & KomunikasiSekuriti Makanan

Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong

MANONG, PERAK, 19 Mac 2023 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsKesihatanMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MoU dalam usaha menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0

SELANGOR, 30 Januari 2023 – Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Chang Lih...