17 Oktober 2021 – Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah mengadakan Lawatan Rasmi ke Jakarta, Republik Indonesia dari 17 hingga 20 Oktober 2021.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Saifuddin akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, TYT Joko Widodo, dan bertemu dengan Menteri Luar Negeri Republik Indonesiarakan sejawat, PYT Retno L.P. Marsudi.
“Lawatan Rasmi ini mencerminkan hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.
“Ia juga akan memberi peluang bagi kedua-dua pihak untuk menerokai kerjasama baharu dalam fasa pemulihan pasca pandemik serta membincangkan usaha-usaha bagi menangani cabaran serantau dan antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin juga turut dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung ASEAN, TYT Dato’ Paduka Lim Jock Hoi, dan akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Perwakilan Tetap ASEAN.
“Program-program lawatan yang lain termasuk sesi forum interaktif bersama Universitas Paramadina dan Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI), perjumpaan dengan Kamar Dagang Indonesia (KADIN) dan pertemuan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di Jakarta,” jelasnya.
Lawatan ini dirancang dan dilaksanakan selaras dengan tatacara-tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.
- Government considers the need for a special court for Sosma cases
- Greening our solar panels
- Lee Kum Kee Brings Authentic Asian Flavours to the Asian Food Market at Wellington Lunar New Year Festival
- Merit Food Products Named PETA Asia’s 2024 Company of the Year
- HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN Debuts Global with HUAWEI Watch Supporting Macao’s Leading E-Wallet, MPay
Leave a comment