13 Oktober 2021- Kementerian Luar Negeri (KLN) menggesa Kerajaan Sudan untuk menghormati Perjanjian Promosi dan Perlindungan Pelaburan Dua Hala yang berkuatkuasa antara Malaysia dan Sudan.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kerajaan Malaysia amat khuatir mengenai isu yang melibatkan Petronas Sudan Complex di Khartoum.
“Kementerian telah melaksanakan beberapa usaha diplomatik, termasuk memanggil Kuasa Usaha Sudan di Kuala Lumpur (buat kali keduanya), ke Wisma Putra pagi ini bagi menyampaikan kebimbangan Malaysia. Kementerian akan terus memantau rapat perkembangan isu ini dengan dalam memelihara kepentingan Malaysia di Sudan.
“Kerajaan Sudan juga digesa untuk menghormati status Kedutaan Besar kita sebagai sebuah entiti diplomatik, sebagaimana yang termaktub dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961,” katanya.
Ujarnya, Walaupun proses timbang tara yang diaktifkan oleh PETRONAS telah bermula, Kementerian berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat, demi memelihara hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dan Sudan.
“Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Sudan serta berdaftar dengan Kedutaan Besar kita, berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Untuk rekod, Kementerian Luar Negeri telah bekerjasama rapat dengan PETRONAS, termasuk melalui Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, bagi menangani isu tersebut sejak Disember 2020.
Malah, media melaporkan, tindakan melampau Sudan yang keluarkan waran tangkap kepada pengurus Petronas di Sudan, beberapa hari selepas merampas aset Petronas di sana.
Kerajaan Sudan juga bertindak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai balasan janji pelaburan besar-besaran dari Barat yang dibuat Amerika Syarikat di bawah Presiden Trump sebelum ini.
- PTT Oil and Retail Business Charts Path to Global Leadership with Sustainability at the Core
- The role of university and community in achieving SDGs
- Recover Red Introduces Portable Red Light Therapy Solution: The Power Stack
- BexBack Breaks Boundaries: Anonymous Trading with 100x Leverage on Perpetual Contracts and 100% Deposit Bonus!
- BC.GAME Launches Wukong Slot, Inspired by the Epic Adventures of Black Myth: Wukong
Leave a comment