Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Geran Pemangkin 4IR Tingkat Sektor Ekonomi

65
Hand touching virtual world with connection network. Global data information and technology exchange.

13 Oktober- Geran Pemangkin 4IR (4ICG) direka untuk memangkinkan penggunaan dan pembangunan teknologi 4IR menjadi bidang perniagaan utama seperti yang termaktub di dalam Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) ujar Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Pegawai Pegawai Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam berkata geran berkenaan akan digunakan untuk penciptaan bersama, penyelesai masalah dan pengkomersilan penyelesaian 4IR sahaja.

“Kami memperkenalkan 4ICG untuk meningkatkan produktiviti, kualiti produk, meningkatkan kualiti kehidupan dan memelihara ekologi integriti dalam 10 sektor ekonomi utama dan enam sektor sokongan kepada ekonomi Malaysia seperti yang termaktub di Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 nasional.

“Geran ini juga dijangka meningkatkan kebolehlihatan syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia dan pertumbuhan pendapatan serta eksport daripada syarikat teknologi 4IR yang berpusat di Malaysia.

“Ini merupakan tambahan kepada usaha mencapai matlamat dalam Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), untuk mentransformasikan negara ke arah dipacu-digital, negara berpendapatan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, Penerima tempatan yang berjaya akan dianugerahkan sehingga 50 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah.

“Syarikat milik asing terpilih akan dianugerahkan sehingga 30 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah.

“Penerima geran juga akan menyertai program GAIN MDEC dan akan menerima manfaat daripada segi akses pasaran, padanan perniagaan, fasiliti pembiayaan dan peluang mentor. Mereka juga mendapat keuntungan daripada peningkatan pendapatan dan eksport, peningkatan kemahiran dan meningkatkan peluang untuk menerima pelaburan,” tambahnya.

Geran ini menyasarkan sehingga 20 pemohon dengan jangka masa pembiayaan untuk tempoh masa projek sehingga setahun. Tarikh tutup permohonan ialah pada November dengan proses penilaian dan kelulusan akan dibuat pada Disember.

Pemohon perlu menunjukkan bahawa mereka telah mendapat komitmen pengguna akhir untuk membiayai bahagian mereka dalam kos projek semasa permohonan dibuat.

Pemohon yang berjaya memenuhi syarat berkenaan boleh memohon pembayaran mobilisasi tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah geran setelah menandatangani surat tawaran yang dikeluarkan oleh MDEC.

Permohonan baharu untuk 4ICG kini dibuka untuk permohonan. Pemohon boleh menyemak kriteria kelayakan dan mendaftar menerusi: https://gainmdec.awardsplatform.com/dashboard

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member