Gaya Hidup @ My LNALuar Bandar @ My LNASukan @ My LNA

MASYARAKAT LUAR BANDAR DISERU UNTUK AKTIF BERSUKAN

93

PUTRAJAYA, 9 Okt 2021 – Masyarakat di luar bandar diseru untuk menyahut sambutan Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun, dengan aktif bersukan setiap masa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aspek penjagaan kesihatan diri melalui bersukan, amat penting bagi memastikan kehidupan seharian lebih baik.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga luar Bandar dan keluarga KPLB, kita laksanakan aktiviti riadah hari ini dan teruskan bersukan pada hari-hari akan datang bagi membudayakan gaya hidup sihat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri 2, KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ramlan Harun dan pengurusan tertinggi kementerian.

Menurut Mahdzir, KPLB bersama-sama jabatan dan agensinya, menyokong penuh usaha Kementerian Belia dan Sukan, KBS, dalam menyahut cabaran dan laungan semangat kesukanan demi menjayakan misi.

“Kita perlu seimbangkan hidup kita dengan bersukan. Oleh kerana kita dah makan pelbagai makanan termasuk yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, seharusnya bersenam itu menjadi keutamaan kita untuk mengelakkan komplikasi penyakit”.

“Amalan bersukan itu tak rugi, cuma kita perlu tahu cari ruang masa dan peruntukkan masa dalam seminggu mungkin dua atau tiga hari kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan badan kita”, ujarnya.

HSN KPLB 2021 diadakan secara hibrid, disertai 100 warga kementerian menyertai acara senamrobik secara fizikal, manakala 600 lagi warga kerja daripada 10 agensi KPLB menyertai senamrobik secara dalam talian di seluruh negara.

Majlis perasmian HSN 2021 Peringkat Kebangsaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kementerian Belia dan Sukan hari ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

BM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...