Alam Sekitar @ MY LNAAM

Pemanasan global adalah salah satu penyebab bencana

143

29 September 2021 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad sempat mengadakan pertemuan bersama Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka hari ini. Di dalam pertemuan tersebut, mereka telah membincangkan mengenai sejarah panjang hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun dan mengenai pengurusan dan mitigasi bencana

“Saya sempat menjelaskan fungsi setiap agensi di bawah seliaan saya dan mempelawa untuk berkolaborasi lebih banyak dan ia telah disambut baik oleh mereka dengan menyatakan kerjasama antara JICA (Japan Int’l Cooperation Agency) dan Malaysia adalah usaha berterusan.

Diharapkan kita dapat mempelajari lebih lanjut mengenai pengurusan dan mitigasi bencana. Kami bersetuju bahawa pemanasan global adalah salah satu penyebab bencana. Oleh itu, pihak Jepun berusaha mengurangkan pelepasan karbon dioksida menjelang 2050.” kata Dr. Abd Latiff di dalam media social rasminya hari ini.

Tambah beliau, turut dikongsi bagaimana penduduk Jepun telah ditanam budaya dalam mereka bagaimana untuk bertindak semasa dan selepas bencana.

“Semoga hubungan baik ini dapat memberikan manfaat yang baik untuk kedua negara.” ujar Dr. Abd Latiff.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Alam Sekitar @ MY LNABernamaBiz @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNA

Orang-Ramai, Semangat, Planet: Mary Kay Mengeluarkan Laporan Kelestarian 2024

DALLAS, 25 Julai 2024 (Bernama) — Mary Kay Inc., sebuah peneraju global dalam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...