27 September 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan sektor pembinaan dapat beroperasi semula serta tidak terjejas selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dengan meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan pekerja tapak binaan.
Menjawan soalan lisan dari Ahli Parlimen Temerloh di Parlimen hari ini, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata KKR melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah melaksanakan Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) iaitu program vaksinasi khusus untuk pekerja industri pembinaan.
Kata Ahli Parlimen Pensiangan itu, CIVac telah dilancarkan pada 01 Julai 2021 dan dilaksanakan di lima (5) buah
negeri – Pusat Pemberian Vaksinasi Industri (PPVIN) seperti berikut:
- PPVIN Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur
- PPVIN Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam, Selangor
- PPVIN Sunway Carnival Convention Centre (PECC), Seberang Jaya,
Pulau Pinang - PPVIN Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang
- PPVIN Dewan Besar CIDB Negeri Johor, Johor Bahru, Johor
Tambah Arthur sehingga 26 September 2021, seramai 102,802 pekerja industri pembinaan telah menerima vaksin di
bawah program CIVac dengan pecahan seperti berikut:

Jelas Arthur, data tersebut tidak termasuk bilangan pekerja industri pembinaan yang telah menerima vaksin melalui program vaksinasi lain seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan program vaksinasi yang dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian lain. Ujarnya, data pelaksanaan CIVac diselaraskan melalui sistem MySejahtera.
- 2023 Taitung “Most Beautiful Starry Sky” Concert: “6 Bests” Invites Everyone to Watch the Stars
- Move on, DAP tells UMNO Youth after apology demand
- Intipati Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi dan Visi Parti
- Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian
- UMNO always stance to defend Malay and Islam issues – Zahid
Leave a comment