AM

Menteri Tugas-tugas Khas lawat Sabah

62

22 September 2021 – Susulan dari kejadian banjir kilat pada 15hb September 2021, Menteri DI Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad mengadakan lawatan kerja ke negeri Sabah untuk melihat perkembangan serta untuk mendapatkan informasi terkini tentang kejadian tersebut.

Menurut beliau di dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau telah ke Pejabat Daerah Penampang bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Taklimat yang disampaikan oleh Francis Chong, Pegawai Daerah Penampang. Berdasarkan taklimat yang disampaikan, punca kejadian adalah daripada hujan lebat berterusan selama 3 jam yang mengakibatkan banyak kerosakan dan penempatan terjejas dan dinaiki air, sebanyak 937 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas teruk dengan 500 KIR adalah di Kg. Sugud sahaja, sebanyak 10 buah rumah dihanyutkan arus banjir dan sebanyak 50 buah kenderaan mengalami kerosakan teruk.

Saya juga mendengar beberapa cadangan penambahbaikan, keperluan jangka panjang serta bebarapa keperluan mendesak dalam menguruskan kawasan yang terjejas.

Saya ambil perhatian serius untuk tindakan yang selanjutnya dalam memastikan pengurusan pemulihan di sini berjalan lancar.” kata Dr. Abd Latiff Ahmad.

Tambah beliau, awatan kerja di negeri Sabah diteruskan dengan mendengar taklimat Khas Pengurusan Bencana Negeri Sabah. Katanya antara yang dibentangkan adalah mengenai status Covid-19 dan pengurusan bencana di Sabah.

“Telah dimaklumkan bilangan lokaliti PKPD telah mempunyai trend penurunan dan sasaran lokaliti PKPD untuk kurang semakin mencapai sasaran dengan peningkatan vaksinasi.

Antara isu yang dibangkitkan adalah Pusat Kuarantin dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) seluruh Sabah adalah berkenaan penyelenggaraan di mana banyak peralatan telah rosak dan saya mengesyorkan isu ini diluluskan segera.” ujar Ahli Parlimen Mersing itu.

Mengulas berkenaan pengurusan bencana sehingga 2021 telah dimaklumkan sebanyak 70 kes bencana berlaku. Daripada data dan trend kejadian bencana, disyorkan juga untuk mengenalpasti hotspot kawasan-kawasan bencana untuk bersiap sedia lebih awal.

“Saya turut mendapatkan maklumat mengenai persediaan Negeri Sabah dalam menghadapi fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangkakan akan bermula pada awal November akan datang.

Keseluruhan, saya berpuas hati dengan komitmen semua agensi di dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah yang terus bersemangat dan berjuang untuk menghadapi kemungkinan impak bencana akibat MTL dan dalam masa yang sama masih berterusan memerangi pandemik COVID-19.” ujar Dr. Abd Latiff Ahmad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...