19 September 2021 – Menteri Sumber Manusia Datuk M Saravanan mengingatkan para majikan bahawa tiada kemasukan pekerja asing ke negara ini termasuk pembantu rumah asing daripada Negara-negara Sumber sejak pelaksanaan Pergerakan Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 susulan pandemik Covid-19. Lanjutan itu, Kerajaan memutuskan bahawa, tiada kemasukan bagi kedua-dua kategori pekerja asing tersebut sehingga 31
Disember 2021.
Kata M Saravanan melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam, sebarang keputusan untuk membawa masuk pekerja asing termasuk pembantu rumah asing akan diumumkan oleh Kerajaan secara rasmi selepas perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian lain yang berkaitan.
“Saya menyeru dan menasihatkan Agensi Pekerjaan Swasta yang berdaftar dan diberikan lesen oleh KSM untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau pengiklanan yang mengelirukan majikan berhubung kemasukan pembantu
rumah asing dari Negara Sumber.
Umum mengetahui, majoriti pembantu rumah asing di negara ini adalah dari Republik Indonesia. Ketika ini, KSM masih di peringkat rundingan bersama pihak Indonesia bagi memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) yang telah tamat pada 30 Mei 2016.” ujarnya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment