19 September 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Cuaca Waspada (Kuning) berkuat kuasa pada 20 September 2021 (Isnin) sehingga 21 September 2021 (Selasa).
Kata MET Malaysia dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam, ia melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sabah dan WP Labuan.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti Bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu & Beaufort), Bahagian Pantai Barat Sabah, Bahagian Kudat dan WP Labuan.
Tambah agensi tersebut, aAngin bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.
- ALAMI YANG TERBAIK DI THAILAND MENERUSI
“THINK THAILAND” FESTIVAL - COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal