19 September 2021 – Seramai 8,077 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan peperiksaan (SPMU) tahun 2021 akan dilaksanakan pada 21, 22 dan 23 September ini.
“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2021, seramai 1,568 petugas peperiksaan telah dilantik” ujar LP dalam kenyataan media hari ini.
“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my
LP turut mengingatkan calon supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. “Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah yang terkini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19. LP memaklumkan garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment