4 September 2021- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melaksanakan analisis penzonan zon berisiko tanah runtuh/aliran puing yang dikenal pasti bagi setiap kawasan tadahan di kawasan Gunung Jerai.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meninjau kesan kerosakan di lokasi bencana geologi tanah runtuh dan aliran puing (bongkah batuan, lumpur dan sisa pokok) di sekitar Titi Hayun dan Batu Hampar yang berlaku pada 18 Ogos 2021.
“Ia bertujuan bagi menyediakan pengkelasan risiko serta modul tindakan kesiapsiagaan bagi pengurusan bencana untuk kegunaan agensi tindak balas dan juga tujuan pembaikian dan penyelenggaraan cerun-cerun berisiko untuk tindakan agensi teknikal.
“Bagi tujuan kesiapsiagaan dan pengurusan bencana oleh Agensi Tindakbalas seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk Agensi Teknikal seperti JPS dan JKR, pihak JMG telah melaksanakan penzonan kawasan bencana mengikut tahap risiko yang terbahagi kepada dua (2) iaitu zon bahaya dan zon kawalan dengan bantuan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM),” katanya.
Jelasnya, penglibatan sepenuhnya JMG dalam usaha ini banyak membantu pihak Agensi dan Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan susulan mitigasi serta penentuan keselamatan tapak bagi kawasan yang terjejas akibat kejadian bencana alam bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa dan meminimumkan kerosakan harta benda akibat kesan bencana tersebut.
“Bagi perancangan jangka panjang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mencadangkan dibangunkan satu sistem amaran awal pemantauan dan pengesanan tanah runtuh di Gunung Jerai demi keselamatan pengunjung,” jelasnya.
Sumber Foto : KETSA
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment