4 September 2021 – Penganjuran Bengkel Kemahiran Keibubapaan Daerah Lipis yang melibatkan seramai 130 orang ibu bapa kanak-kanak tabika dan tadika oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dilihat bertepatan dan selari dengan pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi nilai–nilai positif konsep Keluarga Malaysia yang menuntut semangat muafakat dan kebersamaan ini, perlu dipupuk dan lahir dari rumah.
“Program sebegini sangat penting untuk sentiasa dianjurkan lebih-lebih lagi ketika kita semua sedang berada dalam krisis Pandemik Covid-19 yang terpaksa mengubah kelaziman dengan cara kehidupan yang baharu, termasuklah melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan pendidikan”, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.
“Ikatan dan nilai kekeluargaan rakyat Malaysia seharusnya lahir dan bermula dari rumah.
“Ini sangat penting untuk membantu Negara keluar dari krisis dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang menuntut kebersamaan semua pihak untuk melaksanakannya”, ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan semua pihak yang terlibat bagi menyegerakan penyelesaian masalah ini di kawasan kawasan luar bandar yang terlibat
Beliau menambah cabaran pendidikan anak-anak, masalah pencapaian internet luar bandar juga adalah perkara yang perlu diambil serius dan diatasi dengan segera dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Capaian internet adalah satu keperluan. Saya yakin, dengan komitmen dan kerjasama yang padu dari semua pihak, pencapaian internet kawasan luar bandar mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.
Abdul Rahman hari ini hadir merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan dan Sambutan Bulan Kebangsaan KEMAS Daerah Lipis Tahun 2021 secara dalam talian.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang