HIGHLIGHTS Perpaduan Perpaduan Suatu Kebiasaan

300 Kotak MITRA Bantu Masyarakat India

4 September 2021 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyerahkan sebanyak 300 ‘Kotak MITRA 2021’ kepada masyakarat India B40 dalam kawasan Parlimen Hulu Langat.

Jelasnye, Kementerian Perpaduan Negara telah memperuntukkan sebanyak RM12,412,344 bagi menyediakan 73,883 kotak makanan yang akan memanfaatkan 73,883 keluarga masyarakat India B40 di seluruh negara.

“Kotak makanan ini akan disalurkan secara berperingkat kepada masyarakat India B40 melalui pemimpin-pemimpin tempatan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta penyerahan secara terus oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysi (MITRA) kepada kumpulan sasar.

“Saya berharap Kotak MITRA 2021 ini akan dapat meringankan sedikit beban keluarga yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Kementerian Perpaduan Negara melalui MITRA akan terus bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin tempatan untuk mengenal pasti kumpulan sasar yang terjejas dan memerlukan bantuan.