AMBelia & My LNA

SERVE Perkasa Program Sukarelawan Belia Selangor

329

29 Ogos 2021 – Kerajaan Selangor hari ini komited dalam memperkasakan peranan aktivis muda di kalangan belia Selangor.

Menerusi hasrat itu, kerajaan telah memperkenalkan Selangor Volunteer atau SERVE yang dikelolakan oleh Penggerak Belia Selangor (PeBS) melalui  Exco Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawan.

Selaras penubuhannya, Misi Bantuan Kerajaan Selangor SERVE ke Yan Kedah telah dilancarkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana ekoran fenomena kepala air yang berlaku baru baru ini.

Misi ini telah disempurnakan oleh Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor,  YB Mohd Khairuddin Othman dalam satu majlis pelancaran yang di adakan  di Dataran Shah Alam.

Sementara itu, menurut En. Ahmad Danish Hairudin selaku Ketua Misi Sukarelawan SERVE, untuk misi pertama SERVE, Kerajaan Negeri akan menggerakkan 30 orang sukarelawan  SERVE.

“Pihak kami akan turut menyumbang bantuan berupa barangan keperluan asas , pakaian serta peralatan ibadah kepada pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) disana sebagai usaha untuk meringankan beban yang dihadapi mangsa-mangsa bencana tersebut”, ujar Ahmad Danish.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor YAB Mohd Amiruddin Shari dijadualkan akan turut serta dan  akan menyampaikan bantuan bencana  bernilai RM100 ribu serta penyerahan cek sumbangan kepada YAB  Menteri Besar Kedah, Tn Hj Muhammad Sanusi Mad Nor dalam satu majlis yang telah dijadualkan pada 31 Ogos ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...