Kenyataan Media

Masyarakat India Terima Vaksin, KPN Bantu Tingkatkan Penerima

55

29 Ogos 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah mengambil insiatif mengenalpasti lokasi-lokasi penempatan padat masyarakat India di ladang, estet atau taman perumahan di seluruh negara serta membuat hebahan tentang kepentingan mengambil vaksin serta membantu proses pendaftaran vaksin dalam aplikasi MySejahtera bagi masyarakat yang masih belum berdaftar.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) digerakkan ke seluruh negara bagi membantu mewujudkan ekosistem sokongan dalam meningkatkan bilangan penerima vaksin.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, PROGRAM RT CARES #KITABERSAMA adalah untuk memperkukuhkan tanggungjawab sosial Kementerian bagi membantu golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

“Seramai 250 orang masyarakat India dari kawasan Ladang Salak, Ladang Silliau dan Ladang Bradwall Port Dickson telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam Program MOVAK pada hari ini yang turut melibatkan kerjasama Pejabat Daerah Port Dickson dan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.

Program ini ntuk memperkukuhkan tanggungjawab sosial Kementerian bagi membantu golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19 melalui pemerkasaan komuniti Rukun Tetangga, menggerak dan memperkukuhkan peranan KRT dalam memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup komuniti semasa tempoh pandemik, membantu inisiatif kerajaan untuk memerangi COVID-19 dan membentuk masyarakat prihatin dan penyayang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khairul turut menyempurnakan agihan bantuan kotak makanan dan barangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19 di KRT Bandar Sunggala, Port Dickson.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...