29 Ogos 2021 – Kerajaan Selangor hari ini komited dalam memperkasakan peranan aktivis muda di kalangan belia Selangor.
Menerusi hasrat itu, kerajaan telah memperkenalkan Selangor Volunteer atau SERVE yang dikelolakan oleh Penggerak Belia Selangor (PeBS) melalui Exco Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawan.
Selaras penubuhannya, Misi Bantuan Kerajaan Selangor SERVE ke Yan Kedah telah dilancarkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana ekoran fenomena kepala air yang berlaku baru baru ini.
Misi ini telah disempurnakan oleh Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman dalam satu majlis pelancaran yang di adakan di Dataran Shah Alam.
Sementara itu, menurut En. Ahmad Danish Hairudin selaku Ketua Misi Sukarelawan SERVE, untuk misi pertama SERVE, Kerajaan Negeri akan menggerakkan 30 orang sukarelawan SERVE.
“Pihak kami akan turut menyumbang bantuan berupa barangan keperluan asas , pakaian serta peralatan ibadah kepada pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) disana sebagai usaha untuk meringankan beban yang dihadapi mangsa-mangsa bencana tersebut”, ujar Ahmad Danish.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor YAB Mohd Amiruddin Shari dijadualkan akan turut serta dan akan menyampaikan bantuan bencana bernilai RM100 ribu serta penyerahan cek sumbangan kepada YAB Menteri Besar Kedah, Tn Hj Muhammad Sanusi Mad Nor dalam satu majlis yang telah dijadualkan pada 31 Ogos ini.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment