Sebut sahaja nama Mai Kuraki, sudah pasti peminat animasi bersiri Detective Conan mengenali penyanyi dari negara matahari terbit ini.
Beliau kembali menghiburkan peminat menerusi ‘Detective Conan in Concert 2021’ dengan membawakan lima buah lagu daripada animasi tersebut.
Diiringi barisan orkestra yang tidak kurang hebat, Kuraki yang berbadan kecil molek kelihatan comel mengenakan gaun berwarna kuning keemasan.
Penonton yang dihiburkan menerusi persembahan selama 25 minit, sudah pasti dapat mengubati kerinduan mereka terhadap animasi Detective Conan.
Acap kali Kuraki menyanyi lagu-lagu tersebut, penonton disajikan dengan video-video Detective Conan di skrin besar dan yang paling menarik ketika Kuraki menyanyi lagu Sawage Life, penonton turut bersorak menyanyikan lagu tersebut.
“Cukup meriah!” Sawage Life yang diterbitkan pada tahun 2016 dan menjadi lagu ke 52 bagi lagu penutup animasi itu.
Tidak ketinggalan menyanyikan lagu Always (2001), lagu ini sudah pasti cukup istimewa dalam hidup Kuraki kerana lagu ini pernah mendapat tempat kedua dalam carta mingguan Oricon dan menjadikan Kuraki semakin dikenali.
Walaupun konsert tu diadakan secara norma baharu, penonton tetap berdisiplin dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP). Diharapkan Kerajaan Malaysia dapat memberi peluang kepada artis Malaysia untuk melakukan konsert yang serupa di sini.
Detective Conan yang bersiaran sejak tahun 1994 dan mempunyai 1015 episod sehingga kini.
Siri manga Conan telah berjaya terjual di 25 buah negara manakala animasinya ditayangkan di 40 buah negara.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment