Kenyataan Media

4 Persembahan Pasukan Keselamatan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2021

237

29 Ogos 2021- Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos 2021 (Selasa), jam 8.00 pagi selaras dengan saranan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bertemakan “Malaysia Prihatin”, sambutan pada tahun ini berkonsepkan terbuka serta tidak melibatkan kehadiran orang ramai.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Media dan Publisiti, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, rakyat Malaysia dapat menyaksikan siaran langsung sambutan ini menerusi semua stesen penyiar tempatan pada 31 Ogos ini mulai pukul 8.00 hingga 8.50 pagi dan di saluran TV1 mulai pukul 7.30 hingga 10.30 pagi.

Pada tahun ini, sebanyak 4 persembahan lapangan akan dijayakan oleh pasukan keselamatan meliputi persembahan Drumline Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kawad Senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selain itu, pancaragam gabungan badan beruniform turut diadakan terdiri daripada gabungan 8 agensi badan beruniform iaitu: ATM (Tentera Darat Malaysia, TLDM dan TUDM), PDRM, APMM, APM, JBPM dan Rela serta Pertunjukan Udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2021 pada tahun ini adalah mematuhi dan di bawah pemantauan yang ketat bagi semua prosedur operasi standard (SOP) melibatkan penjarakan fizikal, pergerakan, pemakaian pelitup muka dan sanitasi di lokasi.

“Gelembung khusus (safety bubble) diwujudkan bagi memastikan tiada percampuran berlaku yang membuka ruang kepada risiko yang tidak diingini.

“Semua petugas dan peserta persembahan diwajibkan lengkap dua dos vaksin dan menjalani ujian calitan (swab test).

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Luar Negeri turut menjalin kerjasama dengan penyertaan rakyat Malaysia di luar negara menerusi klip video nyanyian lagu ‘Setia’ dari diaspora luar negara yang ditayangkan di stesen tv tempatan.

Seluruh rakyat Malaysia juga diseru untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2021 sebagai menyemarakkan semangat patriotisme serta menggunakan tanda pagar #HKHM2021 #MalaysiaPrihatin, #MenangBersama, #DemiNegara, #LindungDiriLindungSemua bagi memastikan sambutan ini trending di media sosial.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...