Ekonomi @ My LNA

Azmin Kembali Terajui MITI, Fokus Pulihkan Ekonomi Negara

100

28 Ogos 2021 – Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik semula sebagai Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini komited dalam memastikan pemulihan yang berterusan serta pengukuhan pertumbuhan ekonomi.

Menerusi kenyataan media, beliau berkata Pakej Rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan adalah untuk memastikan pertumbuhan KDNK , mencipta pekerjaan dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing.

“Kita harus memastikan bahawa Rakyat memiliki sumber-sumber khusus yang diperlukan untuk memartabatkan darjat ekonomi (economic dignity) dan berpartisipasi secara aktif dan merperoleh kejayaan selari dengan pertumbuhan ekonomi negara ini.

“Dasar sosio-ekonomi kita perlu berani dalam perancangan dan penyampaian untuk menjana kekayaan kepada Rakyat agar dapat diagihkan dengan adil”, ujar beliau lagi.

Beliau menambah, suara anak muda  yang melambangkan masa depan negara akan didengar dan diberi keutamaan.

“Dengan dinamisme, inovasi dan kreatitiviti yang merupakan elemen-elemen penting yang mereka ada, ini sekali gus dapat memacu pembangunan negara ke barisan hadapan di peta dunia.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana melantik beliau semula menerajui MITI serta atas kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepimpinannya memacu negara dalam situasi mencabar.

Azmin juga turut merakamkan penghargaan kepada para barisan hadapan atas usaha menjadikan kadar vaksinasi Covid-19 antara terpantas di dunia dan jumlah kemasukan ke hospital yang rendah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...