Ekonomi @ My LNAKenyataan Media

Bantu Usahawan Belia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tawar Geran Mikro Perniagaan

287

26 Ogos 2021- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) menawarkan peserta program diberikan geran mikro permulaan perniagaan bernilai RM 3,000 seorang di bawah Program New Gen
Entrepreneurs Online Bootcamp (N-GENE) .

Menerusi satu kenyataan media hari ini, program ini untuk menggalakkan bidang keusahawanan dan program berstruktur yang akan membantu 2,000 orang belia dan graduan untuk memulakan perniagaan.

“MEDAC prihatin dengan persaingan dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang terhad dalam situasi pandemik ini. Para graduan perlu keluar daripada kepompong pemikiran konvensional daripada menjadi pencari kerja iaitu “makan gaji” kepada pencipta pekerjaan atau job creator dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan utama selepas tamat pengajian.

“Peserta Program N-GENE akan dilatih untuk memulakan perniagaan melalui latihan keusahawanan berstruktur yang merangkumi latihan asas
keusahawanan serta bimbingan perniagaan selama tujuh bulan yang diterajui oleh PROTÉGÉ,” katanya.

Mengulas lanjut, MEDAC akan terus kekal komited bagi membantu graduan dan belia dalam menceburi bidang keusahawanan agar selari dengan objektif Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) bagi membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.

“Sebanyak 21 program atau inisiatif dengan anggaran kos RM83.4 juta telah dirangka di bawah kerjasama ini bagi membudayakan keusahawanan di kalangan belia, graduan dan atlet sejak Mei 2020. Sehingga 30 Jun 2021, rekod menunjukkan seramai 1,238 orang daripada kumpulan sasaran telah menerima manfaat dari kolaborasi ini,” jelasnya.

Syarat dan cara permohonan Program N-GENE dapat diakses melalui pautan laman web http://protege.gov.my/www/index.php?id=9&page_id=82 dan media sosial rasmi PROTÉGÉ. Sekretariat juga boleh dihubungi melalui talian 03-2935 8989 atau e-mel protege.ngene@medac.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...