Kenyataan MediaPolitik @ My LNA

Fadilah Harap Pengganti Teruskan Perancangan

70

16 Ogos 2021 – “Tekanan politiking yang menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan untuk berundur. Itu antara kenyataan bekas Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof sejurus selepas pengumuman perletakkan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak turut menghormati Muhyiddin yang telah bertindak mengikut perlembagaan dengan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melepaskan jawatan.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Muhyiddin telah melakukan yang terbaik dalam menangani penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mahiaddin yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul amanah sebagai Menteri Kanan Infrastruktur dan menerajui Kementerian Kerja Raya sejak 10 Mac 2020 sehingga 16 Ogos 2021.

“Sepanjang menerajui Kementerian Kerja Raya buat kali kedua (10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021) dan pada kali pertama ( 2013 – 2018 ) saya telah berusaha sedaya upaya saya untuk melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin demi kesejahteraan infra rakyat dan negara”, ujar Fadillah dalam kenyataan media.

Beliau juga berharap agar pengganti beliau dapat meneruskan segala projek yang telah diluluskan dan dirancang demi kesejahteraan infra rakyat seperti mana yang telah beliau laksanakan selepas Pakatan Harapan mentadbir negara 22 bulan yang lepas.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....