14 Ogos 2021- Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi telah membuat laporan polis terhadap rasuah yang ditawarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Balai Polis Setapak hari ini.
Jelasnya, Muhyiddin tanpa segan silu memberikan tawaran rasuah untuk mendapatkan sokongan dan diberikan khas kepada semua pemimpin kerajaan mahupun pembangkang bagi mengekalkan dan menyatakan sokongan terhadap beliau.
“Muhyiddin telah pun hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri kerana tidak dapat majoriti.
“Beliau telah menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkn sokongan daripada pemimpin pembangkang,” katanya selepas membuat laporan polis tadi.
Jelasnya, tawaran ini berunsur rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.
“Di bawah Seksyen 28 Akta SPRM 2009, percubaan menawarkan rasuah juga kesalahan dan hukumannya sama dengan kesalahan yang telah dilakukakan,” katanya.
Dalam pada itu, antara intipati perutusan Muhyiddin pada 13 Ogos lalu adalah Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik, ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment