KUALA LUMPUR 9 Ogos 2021 – Tindakan tegas akan dikenakan kepada para peniaga yang menjual minyak sawit tulen (botol) melebihi harga maksimum bermula semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata masih terdapat peniaga yang menjual minyak masak melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Alasan yang sering digunakan oleh peniaga termasuklah tidak peka berkaitan harga kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan dan peniaga mengambil tindakan segera dengan mengubah kepada harga yang telah disarankan” katanya semalam.
Tambah beliau, KPDNHEP telah mewartakan kawalan harga maksimum minyak masak sawit tulen pada 28 Julai dan menetapkan harga maksimum bagi minyak masak sawit tulen diperingkat runcit adalah mengikut pembungkusan iaitu Botol 1KG RM6.70, Botol 2KG RM12.70, Botol 3KG RM18.70 dan Botol 5KG RM29.70.
“KPDNHEP telah menguatkuasakan kawalan harga terhadap minyak masak sawit tulen botol dan minyak masak sawit peket 1 kilogram (kg) namun sekiranya terdapat aduan kenaikan harga minyak masak sawit selain dari minyak masak sawit tulen, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011”.
“Sepanjang tempoh pemeriksaan yang dilakukan bermula 1 Ogos hingga 7 Ogos lalu, pejabat KPDNHEP Selangor telah mengeluarkan 21 amaran bertulis dan tiada tindakan kes diambil ketika ini” ujar beliau.
Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan dan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
- The role of university and community in achieving SDGs
- Recover Red Introduces Portable Red Light Therapy Solution: The Power Stack
- BexBack Breaks Boundaries: Anonymous Trading with 100x Leverage on Perpetual Contracts and 100% Deposit Bonus!
- BC.GAME Launches Wukong Slot, Inspired by the Epic Adventures of Black Myth: Wukong
- BAKE Cheese Tart Returns to Singapore: A Freshly Baked Delight from Hokkaido
Leave a comment