Muzik & Hiburan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

RM8 Juta Peruntukan Tambahan Bantu Seni Budaya Tempatan

82

9 Ogos 2021 – Lebih 5,000 penggiat seni, pekerja tadbir di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan Malaysia (CENDANA) akan menerima manfaat inisiatif Pakej Rangsangan Industri Kreatif (PRISMA) diuruskan oleh Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata peruntukan RM17 juta telah diluluskan di bawah CENDANA untuk memanfaatkan sektor seni budaya tempatan.

“Tambahan peruntukan sebanyak RM8 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akn ditadbir urus oleh CENDANA untuk memberi manfaat kepada para penggiat seni, artisan dan pekerja tadbir negara.

“Kita sudah belanja sebanyak 60 peratus daripada seluruh peruntukan itu dan kita masih ‘on track’ di mana kita perlu cepat kerana kita mahu pastikan penggiat seni dapat dibantu kerana mereka memerlukan bantuan ini.

“Jumlah seseorang penerima bergantung kepada projek yang mereka pohon di bawah penyelenggaraan CENDANA, ada yang terima Rm3,500 ada yang dapat lebih daripada RM13,000, semua di bawah PRISMA, kita cuba lunaskan sebelum bulan Disember 2021,” katanya dalam sidang media Pengumuman Penerima Manfaat Insiatif Pemulihan CENDANA secara dalam talian semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin berkata CENDANA telah meluluskan peruntukan bagi kira-kira 1,000 penerima manfaat tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk lebih daripada 11,000 rakyat Malaysia dan mempertingkatkan kemahiran lebih daripada 13,000 penggiat industri sejak mula beroperasi pada tahun 2017.

“Geran sebanyak RM8 juta sedang diselaraskan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan di mana seramai 500 hingga 700 individu akan menerima geran ini dan sebanyak 2,000 pekerjaan dapat dijana,” katanya.

Turut bersama dalam program itu adalah Pengerusi MyCreative Ventures, Noor Azmi Mat Said dan sesi dialog bersama empat orang penerima insiatif mewakili bidang masing-masing iaitu Darren Teh Qin Long (muzik indie), Zamzuriah Zahari (Dekan Fakulti Seni Tari) dan, Mohd Nizam Rahmat (seni visual) serta Emily Jeneble (usahawan kraf).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member