Kenyataan Media

Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Dijalankan Secara Sederhana, Keutamaan Semangat Malaysia Prihatin – Fadillah

86

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai Rakan Strategik bagi Jawatankuasa Kecil Perhubungan Swasta (GLC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengatur pelbagai program sepanjang Bulan Kebangsaan tahun ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata empat aktiviti utama yang akan diberi penekanan adalah pemasangan Jalur Gemilang di premis dan bangunan, paparan logo dan tema HKHM 2021, Siaran lagu Malaysia Prihatin dan  siaran lagu-lagu patriotik.

“Walaupun sambutan yang diadakan adalah secara sederhana namun saya berharap semangat patriotisme tersemat kukuh di hati kita semua” katanya pada pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat kementerian secara maya.

Menurut Fadillah, tema bagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2021 dikekalkan seperti tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan dalam bersama-sama memerangi wabak Covid-19.

“Semangat Malaysia Prihatin ini bukan sahaja dizahirkan menerusi inisiatif daripada Kerajaan sahaja malah rakyat juga turut tampil memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik serta membuktikan rakyat Malaysia sentiasa bekerjasama dan bersatu padu”.

“Sifat keprihatinan di kalangan rakyat Malaysia akan menjadi tunjang untuk kita semua bersatu minda, memperkukuhkan hubungan dan berganding bahu bersama – sama dengan Kerajaan untuk menangani pandemik ini serta juga kesan terhadap aspek kesihatan, sosial dan ekonomi rakyat dan negara” katanya.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menyatakan pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan antaranya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Perlindugan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...