AMMuzik & Hiburan @ My LNA

RM 54 Juta Dana PRISMA Telah Diagihkan Sehingga Kini – Saifuddin

114

PUTRAJAYA 5 Ogos 2021 – Dana yang diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) berjumlah RM 54 juta daripada RM 89.2 telah diagihkan kepada penggiat industri kreatif negara setakat ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Saifuddin Abdullah berkata baki keseluruhan dana tersebut disasar untuk diagihkan kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini oleh pihak kerajaan.

“Lebih 14,000 penerima daripada industri filem, kandungan kreatif digital serta muzik telah memanfaatkan bantuan tersebut sehingga kini”.

“Kita ingin agihkan (dana Prisma) sebelum akhir Disember ini dan bantuan ini merangkumi pelbagai aspek melibatkan semua pemain industri kreatif” katanya.

Jelas Saifuddin, mengambil contoh pemain industri filem, kerajaan akan memberi subsidi buat mereka jalankan sanitasi di tempat kerja serta subsidi untuk melakukan ujian swab untuk pelakon dan kru yang terlibat dengan sebarang penggambaran.

Terdahulu, Saifuddin menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Sarawak Media Group (SMG) secara maya, hari ini.

Prisma merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertujuan memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19 yang dilancarkan pada 5 Februari lepas.

Sebanyak RM2.9 juta akan diperuntukkan bagi menjayakan sembilan projek kerjasama antara FINAS dan SMG dalam penghasilan kandungan kreatif menerusi kerjasama tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...